
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam Malaysia mendalami makna di sebalik peristiwa Nurul Quran hari ini, bila mana Al Quran diwahyukan buat pertama kali kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira’ lebih 1440 tahun lalu. "Dalam kesempatan ini ingin saya mengajak umat bersama-sama meluangkan masa menghayati makna di sebalik peristiwa ini dan memahami ayat-ayat suci Al Quran. "Dalam suasana norma baharu ini, semestinya aktiviti berkumpul untuk bertadarus adalah dilarang atau tidak digalakkan. Saya mencadangkan agar ia diadakan secara atas talian dan semua dapat memanfaatkan peristiwa penting ini. "Hikmahnya juga adalah kita dapat menumpukan ibadah lain seperti solat sunat tarawih, bersedekah dan memperbaiki amalan-amalan sunat lain terutama apabila memasuki 10 malam terakhir Ramadan kelak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau.