top of page

Hayati Israk Mikraj: Kentalkan semangat hadapi rintangan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 11, 2021
  • 1 min read

ree

Umat Islam dinasihatkan mengentalkan semangat menghadapi apa sahaja ujian yang merintangi hidup.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikain dalam pertusan memperingati peristiwa Israk Mikraj hari ini.


Katanya, Israk Mikraj adalah suatu peristiwa penting dan yang sangat dekat dengan umat tatkala ibadat solat diperintahkan Allah SWT dalam mencegah serta melawan kemungkaran dan menghidupkan sikap mulia di tengah masyarakat.


"Allah SWT menghadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW setelah diberi berbagai ujian dan tantangan, kekecewaan, kegagalan serta berbagai kesulitan setelah wafatnya beberapa orang di kalangan keluarga terdekat Baginda. Rencana penghijrahan Baginda ke Kota Taif pada ketika itu juga menemui jalan buntu.


"Menurut Tafsir Al Munir oleh Syeikh Wahbah az Zuhaili, Allah SWT memaparkan kepada Nabi-Nabinya tanda-tanda kekuasaan dan keesaanNya tentang kewujudan syurga dan neraka, sikap bumi dan alam serta perhubungan alam, langit, Kursi dan Arsy.


"Pengajaran yang dapat kita garap dan sikapi dari peristiwa ini adalah agar kita sentiasa tawaduk kepada kekuasaanNya serta cekal dan kekal istiqomah dalam menghadapi ujian dan rintangan. Menyemangati prinsip keadilan sosial serta menjamin kesaksamaan kepada semua," kata Anwar dalam perutusannya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu mengucapkan selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam beserta doa agar syafaat Baginda Nabi Muhammad s.a.w akan selalu menyertai umat Islam

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page