top of page

Hasut turun himpunan: KEADILAN Shah Alam lapor polis lelaki muat naik video

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 25
  • 1 min read


ree

KEADILAN Cabang Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung satu rakaman video yang dimuat naik seorang lelaki di platform TikTok dengan menghasut orang ramai agar turun ke jalan raya dalam "Himpunan Turun Anwar" di Kuala Lumpur esok.


Ketua Penerangannya Adib Ashman Burhan (gambar) berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang hantaran media di mana-mana platform yang berasaskan fitnah berbaur hasutan bagi kepentingan peribadi.


"Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Shah Alam terhadap satu video dimana seorang lelaki di akaun tiktok @Sembang Kedai Kopi yang telah menyeru orang ramai untuk sama-sama hadir di "Himpunan Turun Anwar" pada 26 Julai 2025 kerana laporan Ketua Audit Negara yang didakwa berlaku ketirisan sebanyak RM48.78 billion," katanya dalam kenyataan hari ini.


Adib berkata kenyataan lelaki tersebut dengan sengaja menghasut orang ramai untuk sama-sama turun ke himpunan tersebut hingga boleh mengugat ketenteraman awam serta masyarakat.


"Kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan tidak termakan dengan sebarang bentuk fitnah yang berbaur hasutan demi mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page