top of page

Hassan Karim tawar diri ambil vaksin Covid-19


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tampil menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dari kawasannya yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19.


Beliau berbuat demikian supaya rakyat yakin dengan vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Tujuan saya membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, di Johor dan di seluruh Malaysia bahawa Vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat.


"Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat manusia yang bermaruah," katanya dalam kenyataan.


Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan meningkatkan tahap pembelian vaksin sehingga 70 peratus bagi menampung keperluan imunisasi.


Malaysia dijangka menerima bekalan awal vaksin pada bulan Mac tahun depan iaitu sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara secara percuma.


Manakala perjanjian dengan fasiliti COVAX akan menampung keperluan imunisasi 10 peratus lagi rakyat negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page