top of page

Hassan Karim minta Berita Harian Online betulkan fakta

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 23, 2023
1 min read


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mahu Berita Harian Online membetulkan fakta dalam infografik yang diterbitkan mereka.


Menurut Hassan, infografik itu menyatakan beliau merupakan ahli politik BN.


"Saya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Saya kekal dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan. Tidak pernah menyertai Barisan Nasional.


"Saya minta Berita Harian Online betulkan fakta yang salah dalam gambar infografik di bawah," katanya dalam kenyataan.


Menurut Hassan, sekiranya pihak Berita Harian Online gagal berbuat demikian dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari beliau akan mengambil tindakan undang undang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page