top of page

Hasni Abas calon KEADILAN parlimen Sembrong




KEADILAN mengumumkan mantan pegawai kanan Dewan Bahawa dan Pustaka (DBP) Hasni Abas sebagai calon bagi kerusi parlimen Sembrong, Johor.


Menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli, Hasni dianggap calon terbaik untuk kerusi berkenaan kerana pengalaman beliau sebagai pejuang bahasa Melayu yang memiliki sedikit kelebihan di kawasan luar bandar.


"Dari 75 kerusi seluruh Semenanjung ada 3 kerusi yang tak diumumkan di mana berlaku pertindihan rundingan kerusi. Kerusi itu kerusi KEADILAN tetapi ada parti memohon. 3 kerusi tersebut adalah Sembrong, Sungai Siput dan Tapah.


"Kita memberi ruang dan menghormati rakan rakan. Sembrong ada permintaan DAP, Sungai Siput ada perintaan dari PSM dan Tapah ada permintaan dari MUDA.


"Kerusi ini memang telah diperuntukkan kepada KEADILAN dalam perundingan top 4 + 4. Jadi keputusan akhir kerusi termasuklah kerjasama politik dengan MUDA dan PSM, diputuskan oleh 4 presiden parti dan 4 ketua perunding.


"Datuk Seri Anwar telah mengumumkan Naib Presiden KEADILAN Saraswathy Kandasamy bertanding kerusi Tapah. Manakala S Kesavan penyandang dari KEADILAN mempertahankan kerusi Sungai Siput.


"Hari ini saya pegang amanah umumkan calon terakhir KEADILAN di Semenanjung, Hasni Abas. Hasni adalah Ketua Cabang Parit Sulong," katanya dalam sidnag media di Ibu Pejabat KEAIDLAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Menurut Rafizi, Sembrong biar pun ditandingi oleh nama besar daripada Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein sejak beberapa penggal namun katanya, KEADILAN secara konsisten telah mengurangkan majoriti BN pada setiap kali pilihan raya.


"Saudara Hasni akan mencabar dan kalau ada rezeki menewaskan Hishamuddin di parlimen Sembrong. Meski pun itu tugas yang berat dan Hishamuddin adalah satu nama besar, saya rasa ramai tidak tahu Sembrong merupakan kerusi marginal.


"Rekod KEADILAN di Sembrong menggalakkan. Dari PRU ke PRU KEADILAN telah mengurangkan majoriti Hishamuddin dari 20,000 ke 10,000, dan PRU lepas majoriti Hishamuddin hanya 6,000 sahaja.


"Kita ambil kira faktor Sembrong mempunyai undi Felda yang tinggi. Dia sama seperti kerusi Sekijang, Segamat dan Tanjong Malim yang ada pengundi Felda tinggi maka kita beri kepada Hasmi dengan latar belakang pejuang bangsa Melayu," katanya.


Dengan itu, katanya, KEADILAN akan bertanding 101 kerusi di seluruh Malaysia dengan 10 calon di Sabah dan 16 di Sarawak


Menjadikan KEADILAN parti terbesar dalam PH yang diberi mandat bertanding untuk membawa perubahan pada 19 November ini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page