top of page

Hasil pertama tanaman bawang pada April, kurangkan 30 peratus import



Kerajaan menyasarkan dapat mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus melalui program penanaman sumber makanan itu secara berfasa mulai tahun ini hingga 2030 dengan tuaian pertama dijangka dapat dilaksanakan menjelang April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, melalui fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan, tananam bawang kecil dijalankan dengan 70 tan metrik benih bebawang kecil dan 230 kilogram (kg) biji benih bawang kecil akan dibekalkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).


Menurutnya, kawasan penanaman bawang seluas 100 hektar akan dibangunkan dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak lima tan metrik per hektar dalam fasa prakomersial itu.

"Penanaman bawang boleh dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Dijangkakan pengeluaran bawang bagi fasa (prakomersial) ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik," katanya ketika menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Mohamad berkata fasa komersial program itu pula akan melibatkan pembangunan kawasan seluas 1,347 hektar dan dijangka menghasilkan sebanyak 14,470 tan metrik bawang.


Beliau berkata program berkenaan hanya akan melibatkan tanaman bawang kecil kerana MARDI masih belum menjumpai varieti bawang besar dan bawang putih yang sesuai untuk ditanam di Malaysia.


Pada masa ini kata beliau, penanaman bawang dimulakan di kawasan Pertubuhan Peladang Perlis dan Selangor seluas 1.2 hektar dan Ladang Bikam, Perak seluas 1 hektar.


Ketika ini, Malaysia bergantung 100 peratus kepada sumber bawang yang diimport dari India, Belanda, China, Pakistan dan Thailand. Antara jenis bawang segar yang diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.


Pada tahun 2022, Malaysia mengimport bawang sebanyak 687 ribu tan metrik dengan nilai sebanyak 1.58 bilion ringgit. Daripada jumlah tersebut, bawang kecil diimport sebanyak 38 ribu tan metrik dengan nilai 81.5 juta ringgit bagi menampung keperluan penggunaan domestik.


Penggunaan per kapita bawang kecil bagi tahun 2022 adalah 1.2 kg/orang/tahun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page