top of page

Hasil libat urus KEB 2024 rumus dasar baharu perkasa Bumiputera



Satu set dasar-dasar berkaitan pemerkasaan Bumiputera dijangka dirumuskan sekitar bulan Mei atau Jun tahun ini, hasil daripada proses libat urus Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, proses libat urus telah dijalankan diketuai wakil-wakil bukan kerajaan selain digabungkan dengan pandangan pihak kerajaan.


"InshaAllah kerajaan akan mengambil masa dalam dua, tiga bulan akan datang yang akan menjadi prosiding, perancangan dan pemantauan di peringkat majlis Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) dan ia akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.


"Kita ada garis masa menjelang Mei atau Jun, kita sudah ada satu set dasar-dasar Bumiputera yang khusus," katanya kepada pemberita pada hari pertama KEB 2024 di Putrajaya, lapor Bernama.


KEB yang berlangsung hari ini hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya melibatkan pembentangan hasil dapatan daripada Sesi Libat Urus (SLU) meliputi 10 kumpulan.


Kumpulan ini meliputi Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pilihan Kerjaya Utama, Pengukuhan Industri Halal, Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli; Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah; Sosioekonomi Bumiputera Sabah serta Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.


Rafizi berkata dasar-dasar itu diharap dapat menghasilkan kumpulan kelas bumiputera yang positif, progresif dan inovatif sejajar dengan tema KEB 2024.


Jelas beliau pada masa ini kerajaan sedang dalam usaha menggubal Akta Anti Ali Baba dan perkara itu akan dikupas secara lebih mendalam melalui KEB.


Semalam di dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat, Rafizi dipetik sebagai berkata kerajaan dalam proses melaksanakan kajian kerangka Akta Anti-Ali Baba dan menyasarkan akta itu dapat dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.


Sementara itu, Rafizi berkata kerajaan berhasrat menyatukan syarikat bumiputera dan bukan bumiputera untuk bersama-sama bersaing di peringkat global.


"Kerajaan mahu memastikan satu ekosistem ke arah mewujudkan perkongsian pintar, yang dibentuk, supaya kelompok Bumiputera yang benar-benar mahir serta bukan Bumiputera yang mahir, dapat bekerjasama untuk menjadi syarikat Malaysia sebenarnya, boleh bertahan dan bersaing sekurang-kurangnya di peringkat serantau, namun diharapkan di peringkat antarabangsa," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page