top of page

Hasil dapatan kajian 100 hari Kerajaan Perpaduan meragukan - Mapan



Dapatan kajian mega yang dilakukan lima media arus perdana baru-baru ini dipersoal setelah timbul keraguan dari sudut metodologi kajian.


Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mashitah Mohd Udin dalam satu tulisan dipetik Malaysiakini berkata, kajian oleh Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban itu tidak representatif kepada pandangan seluruh rakyat Malaysia, sebaliknya terhad kepada pendapat pembaca dan pelayar lima media arus perdana tersebut sahaja.

"Kebiasaannya, kaji selidik saintifik yang mempunyai tahap keabsahan yang tinggi dibuat secara tatap muka atau melalui panggilan telefon ke atas responden yang dipilih secara persampelan rawak berstrata atau sekurang-kurangnya secara pensampelan rawak mudah meliputi semua segmentasi jantina, kaum, umur, latar belakang ekonomi, tahap pendidikan, julat pendapatan dan lokaliti.


"Bagaimanapun ini tidak berlaku dalam kaji selidik mega ini kerana responden tidak dipilih secara rawak, sebab itulah sebagai contohnya 81 peratus respons kaji selidik mega ini ialah lelaki sedangkan banci penduduk dan perumahan menunjukkan hanya 52.3 peratus sahaja rakyat Malaysia ialah lelaki.


"Kami di Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) yang pernah menjalankan beberapa kaji selidik sebelum ini ragu-ragu dengan dapatan-dapatan kaji selidik ini," kata Dr Mashitah.


Meneliti dapatan-dapatan kaji selidik mega itu, ia rata-ratanya berbentuk negatif.


Ringkasan utama dapatan-dapatan kaji selidik mega ini pula adalah “walaupun Kerajaan Perpaduan Malaysia mempunyai 2/3 kerusi Dewan Rakyat, tetapi tidak berpadanan dengan tahap penerimaan rakyat terhadap prestasi semasa kerajaan.


"Timbul isu bila lima media arus perdana ini memaparkan soalan-soalan secara terbuka kepada pembaca dan pelayar agensi mereka kerana pihak partisan tertentu yang mengetahui mengenai kaji selidik mega ini boleh sahaja masuk ke dalamnya beramai-ramai untuk memastikan dapatan-dapatannya memihak kepada mereka," katanya.


Beliau turut menyatakan rasa hairan dengan kaji selidik itu sedangkan menurutnya dari sudut yang lain pula, terdapat banyak perkara membanggakan yang dilakukan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan, khususnya yang melibatkan reformasi institusi dan tatakelola baik.


"Pengumuman hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan, iaitu gagasan Malaysia Madani, baru dibuat pada 19 Januari. Gagasan ini akan didukung oleh empat dasar semasa, yakni, Rancangan Malaysia Ke-12, Bajet Tahunan Kerajaan, Pelan Baharu Antirasuah serta Matlamat Pembangunan Mampan.


"Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah, peruntukan Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak, pengekalan tarif elektrik dan kadar dasar semalaman (OPR), pengukuhan nilai Ringgit, pengenalan Menu Rahmah dan sebagainya adalah antara perkara-perkara bagus yang telah dilaksanakan," jelasnya.


Antara lain beliau turut menyentuh pelaksanaan perolehan kerajaan yang kini dibuat secara telus dan terbuka tanpa menggunakan kaedah rundingan terus yang mengakibatkan penjimatan wang.


Sehubungan itu tegasnya, kaji selidik yang dibuat dengan menggunakan metodologi yang betul, dan dalam tempoh masa yang betul, akan lebih mencerminkan pandangan sebenar rakyat terhadap kerajaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page