top of page

Hasil cukai melonjak: Polisi PM mula tunjuk kejayaan



Polisi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tegas mengutip cukai daripada individu atau perniagaan golongan kaya di negara ini mula menunjukkan kejayaan apabila hasil cukai dilaporkan melonjak naik.


Bagi Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, polisi tidak mengecualikan golongan kaya sebagaimana dilakukan oleh kerajaan sebelum ini akan pasti mampu memngumpul lebih banyak dana untuk memperbaiki kebajikan golongan B40 di Malaysia.

Ahmad Nadhir Yob

"Kutipan hasil kerajaan yang menunjukkan peningkatan pada tahun ini merupakan bukti kesungguhan kerajaan perpaduan di bawah pimpinan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan agenda reformasi yang telah diperjuangkan sejak hampir 25 tahun lalu.


"Memetik ucapan PM yang mengatakan terdapat peningkatan ketara terhadap kutipan cukai dalam tempoh 2-3 bulan terakhir hasil daripada dasar-dasar yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.


"Menyorot kisah perjuangan reformasi, Datuk Seri Anwar sentiasa konsisten dalam isu kutipan hasil dan juga pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama untuk segenap lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau yakin perubahan polisi percukaian itu akan mampu menutup masalah defisit hutang negara yang membelenggu sejak 1998 lalu.


Oleh itu Ahmad Nadhir menyeru agar rakyat memberi sokongan lebih padu kepada kepimpinan Anwar dalam membawa Malaysia kembali gemilang sebagaimana dijanjikan oleh perjuangan reformasi sejak dua dekad lalu.


"Corak positif kepada ekonomi negara yang terkini menjadi indikator bahawa tidak mustahil defisit fiskal yang dialami oleh negara dapat dikecilkan dalam jangka masa yang lebih pendek daripada yang diunjurkan oleh kerajaan.


"Justeru itu, rakyat seharusnya lebih fokus kepada agenda penting yang telah digariskan oleh PM bagi merealisasikan Malaysia Madani," katanya lagi.


Oleh itu, katanya, peranan rakyat adalah memastikan budaya politik negara sentiasa sihat dan menjauhi isu isu perkauman yang memberi untuk kepada sesetengah golongan rakus, korup dan juga gila kuasa yang selama ini mencaturkan politik negara demi survival politik mereka sebelum ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page