top of page

Harimau Malaya menang: 42 tahun penantian, tiada yang mustahil - Saifuddin



Kemenangan skuad Harimau Malaya malam tadi menewaskan pasukan Bangladesh 4 - 1 dan melayakkan negara buat pertama kali selepas 4 dekad ke Piala Asia menunjukkan tiada yang mustahil sekiranya bekerja keras.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Malaysia seharusnya bangga dengan kejayaan tersebut dan meningkatkan semangat untuk mengharumkan nama negara di mata dunia.


"Alhamdulillah, mantap Harimau Malaya. Tahniah !


"42 tahun penantian, kini layak secara merit ke Piala Asia 2023.

"Luar biasa, tiada yang mustahil," katanya.


Selain beliau, calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fahmi Zainol juga gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan itu.


"Akhirnya ke Piala Asia, tahniah Harimau Malaya," katanya.


Kali terakhir Malaysia menyertai Piala Asia pada 1980an lalu dan selepas itu Malaysia tidak pernah melepasi pusingan kelayakan berbanding Thailand dan Indonesia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page