top of page

Hari Wesak: Kekalkan Malaysia rukun damai, bersatu padu - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 15, 2022
1 min read


Hari Wesak yang disambut penganut Buddha hari ini seharusnya memperkuatkan lagi tekad rakyat Malaysia kepada hal mengukuhkan hubungan dan bersatu padu


Dalam perutusan Hari Wesak, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar rakyat lebih bijaksana dalam hubungan antara kaum di negara ini.


"Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddhisme. Hari ini adalah hari yang besar buat mereka tatkala memperingati hari kelahiran Siddhartha Gautama di nirvana.


"Ajarannya begitu universal terutamanya tentang kebebasan, kesederhanaan, kebijaksanaan, serta cinta dan kasih sayang yang harus digarap seluruh kita dalam memperkukuh Malaysia berukun dan bersatupadu.


"Segala hasutan ke arah kehancuran dan kebobrokan harus dibenam dengan kefahaman yang jitu serta kasih sayang yang tanpa berbelah bahagi," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page