top of page

Hari Wesak bawa mesej Malaysia Madani



Hari Wesak yang disambut pada hari ini tidak terhad kepada perayaan keagamaan penganut Buddha semata mata namun membawa mesej belas kasihan, kemurahan hati dan kebijaksanaan kepada semua rakyat sesuai dengan teras Malaysia Madani.


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Cheng Heng, perayaan Wesak yang disambut bersama perayaan Aidilfitri yang belum berakhir boleh memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


"Meskipun saya seorang Kristian, tetapi di Malaysia kami menyambut kepelbagaian bersama. Keunikan masyarakat majmuk adalah aset dan perpaduan kita, diperkuatkan lagi dengan gagasan Malaysia Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Sekiranya pelbagai ideologi politik boleh wujud di bawah Kerajaan Perpaduan, tidak harus ada lagi suara sumbang yang ingin menundukkan kehendak Yang Di Pertuan Agung.


"Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga perpaduan negara dengan menghormati hak dan kebebasan setiap rakyat, tanpa mengira bangsa atau agama.


"Marilah kita bersama-sama membangun negara dengan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara. Marilah kita mengekalkan harmoni negara dengan menolak sebarang usaha menimbulkan permusuhan atau perpecahan di kalangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu berharap agar Hari Wesak kali ini akan membawa berkat dan kebaikan kepada semua rakyat Malaysia.


Hari Wesak merupakan masa untuk penganut merenungkan ajaran Buddha meraikan pencapaian agama mereka dan sumbangan Buddha kepada manusia. Agama Buddha merupakan salah satu agama tertua dan berpengaruh dengan lebih 500 juta penganut di seluruh dunia.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page