top of page

Hari Wartawan: Teruskan amalan beretika sebar maklumat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 minutes ago
  • 1 min read


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 hari ini.


Beliau berharap pengamal media dapat meneruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih.


"Ini demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun, dengan Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana akan menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei.


Majlis prapelancaran bersama rakan strategik dijadual diadakan di Wisma Bernama pada 3 Jun serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun.


HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.


Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page