top of page

Hari Warga Emas Sedunia, kerajaan tutup sebelah mata isu warga tua?



Apakah makna Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada peringkat kebangsaan hari ini kerana pada masa sama kerajaan BN - PN tidak mengambil berat isu penuaan dan tiada tindakan diambil untuk menjamin rakyat menua dengan bermaruah dari segi undang undang, dasar dan pelan tindakan?


Hal itu ditanyakan oleh Setiausaha Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berakibat lembabnya kerajaan menggubal Rang Undang undang (RUU) warga emas dan RUU Profesion Pekerja Sosial di parlimen.


Katanya, berdasarkan Pelan Strategik KPWKM 2021 – 2025, RUU warga emas sepatutnya digubal pada tahun 2022. Namun sehingga sesi Dewan Rakyat terakhir, Oktober - November, tidak ada pengumuman RUU itu akan dibentangkan.


"Dengan merujuk aturan urusan mesyuarat bagi sidang dewan bermula 3 Oktober nanti, RUU Profesion Pekerja Sosial tiada dalam usul Undang undang kerajaan untuk bacaan kali pertama seperti dijanjikan Menteri KPWKM melalui laporan media bertarikh 13 Mei lalu. Bukan itu sahaja, RUU warga emas juga sama sekali tiada dalam aturan urusan mesyuarat kali ini.


"Tinggal 8 tahun sahaja bagi negara ini menangani isu negara tua, di mana 15% populasi adalah berumur 60 tahun ke atas pada 2030. Malangnya pakar perubatan geriatik dalam negara tidak melebihi 40 orang berdasarkan perkongsian dari Hospital Kuala Lumpur.


"Apakah halatuju negara ke hadapan? Kegagalan kerajaan mengambil tindakan berdasarkan garis masa Pelan Strategik KPWKM 2021 – 2025 tidak boleh dimaafkan kerana pengabaian tersebut telah menonjolkan kerajaan BN dan Menteri Perikatan Nasional (PN) tidak mengutamakan kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Ker Chean mendesak Kerajaan agar mengkaji halatuju ke hadapan mengenai dasar penuaan negara, sama ada menuju ke arah mendorong rakyat menua di rumah dan mudah mengakses kepada sistem sokongan penjagaan kesihatan dan kebajikan yang holistik serta berkemampuan atau mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.


"Saya menggesa kerajaan memaknai sambutan Hari Warga Emas hari ini dengan mengambil tindakan pada kadar segera dan bukan berpolitik untuk memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada tahun ini tanpa mengambil kira kemungkinan besar berlakunya banjir.


"Barisan Nasional sentiasa berharap kepada sokongan dari peti undi saluran 1 yang kebanyakkannya warga emas, padahal BN paling gagal melindungi keperluan asas golongan warga emas," katanya lagi.


Justeru, lebih baik warga tua melakukan tuntutan hak hak menua lebih baik daripada kerajaan BN untuk ditukar dengan undi mereka.


Malah sekiranya BN kalah sekali pun, Pakatan Harapan memang telah berjanji untuk meneruskan RUU membela warga tua sebagaimana telah dipersetujui sebelum kerajaan PH digulingkan pada 2020 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page