top of page

Hari terakhir kempen KEADILAN di DUN Sook meriah


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Raymond Ahuar mendapat sambutan meriah dalam kalangan penduduk pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Pada hari terakhir, Raymond berkunjung ke Karamatoi dan Kg. Biah untuk bertemu dengan pengundi di Sook.


Ternyata, beliau mendapat sambutan menggalakkan apabila ratusan pengundi hadir dalam programnya dan memberi sokongan kepada beliau.

Raymond juga dibantu dengan kehadiran jentera Angkatan Muda KEADILAN yang diterajui Akmal Nasir sudah menemani calon sejak sebelum hari penamaan calon lagi.


"Saudara Raymond sangat bersungguh-sungguh. Dedikasinya itu menunjukkan bahawa komitmen untuk mewakili Sook ini luar biasa. Beliau mahu mengubah Sook dengan lebih baik.

"Saya sekali lagi menyeru pengundi DUN Sook agar membuat pilihan terbaik, memilih calon muda, Raymond Ahuar dan insya-Allah esok kita akan angkat Raymond sebagai Yang Berhormat mewakili DUN Sook," katanya.


DUN Sook juga merupakan salah satu kerusi yang memberi kelebihan kepada KEADILAN apabila terdapat pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).


Seramai 10,397 pengundi berdaftar dengan 4,475 daripadanya berasal dari kaum Murut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page