Hari Sukan Negara (HSN) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan tidak akan mengecualikan pemimpin Kerajaan Negeri pembangkang sebagaimana dipertikaikan oleh beberapa pemimpin pembangkang baru baru ini.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan, HSN akan tetap dilaksanakan di negeri negeri pembangkang dan penyelarasan HSN dipengerusikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri seperti yang diputuskan oleh Kabinet kerajaan sebelum ini.
"Hal ini bertujuan bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan melibatkan program dan aktiviti kerajaan persekutuan
"Walau bagaimanapun, YAB Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan Negeri adalah turut dijemput bagi memeriahkan penganjuran program di peringkat negeri masing-masing," kata kenyataan berkenaan.
Tegas kenyataan itu, HSN merupakan agenda nasional bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Foto kredit: Selangorkini
Comments