top of page

Hari Sarawak: Jadikan Sarawak negeri gemilang


Naib Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak, Roland Engan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada semua rakyat Sarawak.


Beliau berkata, Hari Sarawak wajar diraikan kerana ia merupakan saat di mana negeri itu mencapai status memerintah sendiri pada 22 Julai 1963.


"Tahniah kepada rakyat Sarawak kerana merayakan Hari Sarawak pada 22 Julai 2021. Memang patut bagi rakyat Sarawak untuk merayakan hari yang bersejarah ini iaitu hari di mana Sarawak telah mencapai status memerintah sendiri pada 22 Julai 1963.


"Sejak 22 Julai 1963, ada banyak peristiwa bersejarah yang berlaku khususnya, pembentukan Malaysia (Malaya, Sabah dan Sarawak, Singapura) pada 16 September 1963.


"Sejarah dan masa begitu cepat sekali berlalu di mana Singapura meninggalkan Malaysia dan Malaysia (Malaya, Sabah dan Sarawak) terus membina sebuah negara-bangsa dengan pelbagai cabaran, sedikit kejayaan dan kepincangan," katanya.


Justeru, beliau berharap Sarawak akan menjadi negeri yang gemilang di masa akan datang.


"Tanpa menolak sejarah dan tanpa rasa khuatir mengadapi hari esok, marilah kita rakyat Sarawak bertekad untuk menjadikan Sarawak sebagai rakan sekutu Persekutuan Malaysia yang gemilang berasaskan prinsip rukun negara, perjanjian Malaysia, deklarasi atau perjanjian antara bangsa yang ditandatangani oleh Malaysia dan semangat kekeluargaan yang mantap sepanjang zaman.


"Semoga Sarawak terus gemilang di bawah pemerintahan yang adil, telus, demokratik, beramanah dan progresif. Selamat Hari Sarawak 2021," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page