top of page

'Hari raya untuk kenal mengenal tetapi jaga jarak, Covid 19 masih ada' - Shamsul



Rumah Terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya merupakan antara yang paling awal dianjurkan pada Hari Raya Aidilfitri ini.


Berucap kepada hadirin yang menghadiri jamuan, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menghargai tetamu yang hadir menjamu selera serta petugas di pusat khidmat yang mengendalikan acara tersebut.


Menurut beliau, Hari Raya Aidilfitri tahun ini merupakan kesempatan untuk saling mengeratkan tali silaturrahmi setelah 2 tahun tidak dibenar beraya.


"Ini merupakan kesempatan terbaik untuk saudara saudari sekelian kenal mengenal dan bertegur sapa. Biar pun pandemik telah berakhir dan menjadi endemik, namun kita mesti menjaga hubungan, jarak serta perkara yang boleh menghalang kita daripada Covid 19.


Shamsul bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak kanak yang hadir

"Saya dan kawan kawan buat keputusan adakan open house awal kerana ramai yang masih bercuti dan kawan kawan boleh datang, tahu ada pusat khidmat parlimen Hang Tuah Jaya di sini, supaya apa sahaja isu boleh saudara saudari datang dan ajukan ke sini.


"Sepanjang Ramadan kita anjur banyak program dan Ahad 1 Mei lalu kita edar kepada 1,400 keluarga penerima daging dan ayam. Terbukti tindakan itu tepat kerana raya pada Isnin.


"Saya ucap terima kasih kepada jawatankuasa sepanjang Ramadan ini, banyak program di surau, masjid, termasuk peniaga kecil yang diberi bantuan


"Selepas raya kita mulakan program pendidikan. Kita akan kerjasama dengan ADUN ADUN bersama ADUN Bukit Katil dan Ayer Keroh. Saya harap semua dapat manfaat dari kegiatan yang diuruskan pusat khidmat Hang Tuah Jaya," katanya.


Di samping itu, Shamsul juga mengambil kesempatan untuk mengenalkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya dan sebagai Naib Presiden KEADILAN, calon nombor 17. Beliau berharap hadirin yang mana anggota parti tidak lupa untuk mengundi bermula pada 13 Mei ini.


Selain itu, jamuan turut dimeriahkan oleh beberapa pimpinan dan AJK peringkat Cabang. Antara yang hadir adalah Ketua Cabang Alor Gajah, Ginnie Lim.


Ginnie Lim

Beliau yang mempertahankan jawatan ketua cabang turut mengucapkan selamat hari raya kepada anggota KEADILAN dan rakyat Malaysia.


"Kita dapat menikmati keselesaan dan ruang bersama rakan rakan dan keluarga. Ini hasil usaha semua pihak terutama barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang sentiasa berkerjasama memberi komitmen terbaik putuskan rantaian Covid.


"Saya ucap terima kasih kepada YB Shamsul atas jemputan raya dan selamat raya kepada semua rakyat," katanya.


Hasmorni Thambi

Beliau berharap akan mendapat undi bagi mempertahankan jawatan ketua cabang kerana terdapat agenda lebih besar menanti di hadapan, iaitu mempertahankan Parlimen Alor Gajah dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Saya bertanding Ketua Cabang Alor Gajah untuk pertahan jawatan. Saya dan rakan telah wujudkan perpaduan dalam 3 tahun ini dan bawa cabang Alor Gajah ke tahap terbaik kerana kita ada tanggungjawab besar khususnya di Parlimen Alor Gajah kerana sebelum ini kita menang 2 DUN, Machap Jaya dan Rembia dan perlu mempertahan kemenangan PH di Parlimen Alor Gajah," katanya.


Bekas calon DUN Sungai Udang, Hasmorni Tamby juga turut kelihatan pada majlis malam tadi.


Hasmorni teruja dengan kehadiran banyak anggota KEADILAN pada majlis julung kali di Hang Tuah Jaya itu sejak Pilihan Raya Negeri Melaka tempoh hari.


"Ini jamuan pertama selepas PRN Melaka lalu, untuk merapatkan silatulrahim anggota KEADILAN Melaka


"Saya bertanding dalam pemilihan selaku Naib Ketua Wanita pusat, di cabang saya bertanding Ketua Cabang Masjid Tanah," katanya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page