top of page

Hari pertama kembali di Pejabat Perdana Menteri selepas 24 tahun reformasi



Hari pertama Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan memulakan kerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya sungguh bermakna selepas 24 tahun tidak berada puncak kuasa.


Selepas dua dekad, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh kakitangan kanan Kerajaan Persekutuan.


Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.


"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.


"Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Datuk Seri Anwar bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas," kata kenyataan itu.


Ahli Parlimen Tambun tersebut kemudiannya mengadakan sesi suai kenal dan mesyuarat ringkas bersama penjawat awam kanan bagi mengetahui perkembangan pentadbiran awam.


Menurut kenyataan itu lagi, Anwar dialu alukan kedatangan ke JPM selepas dimasyhurkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10, semalam.


Jabatan Perdana menteri turut mengeluarkan biografi Anwar:



Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947 (75 tahun)

Asal : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Isteri : Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail


PROFIL:


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang Muslim Demokrat dan Reformis.


Diangkat sebagai Bapa Reformasi atas perjuangan yang konsisten menentang ketidakadilan dan rasuah.


Seorang pemimpin berwawasan yang sentiasa meletakkan permasalahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebagai keutamaan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba disekat dua kali melalui pertuduhan bermotifkan politik, kali pertama pada 1998 sehingga 2004 dan kali kedua pada 2015 hingga 2018.


Kezaliman ini bahkan memperkuat roh perjuangan beliau untuk terus membela nasib rakyat. Atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal menjadi jurubicara dan denyut nadi rakyat untuk melakar Malaysia

yang lebih adil buat semua.


PENGLIBATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN DAN ORGANISASI ANTARABANGSA


1980 - Kini : Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT)

2006 - 2008 : Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC

2006 : Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC

1997 - 1998 : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia

1988 - 1991 : Ahli Lembaga Pengarah dan Presiden Majlis Umum Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris 1983 - 1998 : Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

1972 - 1982 : Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

1973 - 1976 : Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

1973 : Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

1971 : Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik


PENGLIBATAN DALAM POLITIK


UMNO

1990 - 1998 : Timbalan Presiden UMNO

1987 - 1990 : Naib Presiden UMNO

1982 - 1987 : Ketua Pemuda UMNO


PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN)

2020 - Kini : Pengerusi Pakatan Harapan

2018 - Kini : Presiden KEADILAN

2005 - 2018 : Ketua Umum KEADILAN


PENGALAMAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN

2022 - Kini : Ahli Parlimen Tambun

2008 - 2015

2020 - 2022 : Ketua Pembangkang

2018 - 2020 : Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen

2018 - 2022 : Ahli Parlimen Port Dickson

1982 - 1998

2008 - 2015 : Ahli Parlimen Permatang Pauh


PENGALAMAN DALAM KERAJAAN

1993 - 1998 : Timbalan Perdana Menteri

1990 - 1998 : Menteri Kewangan

1987 - 1990 : Menteri Pendidikan

1984 - 1986 : Menteri Pertanian

1983 - 1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

1982 - 1983 : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


PENGIKTIRAFAN

2017 - 2022 : Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic

Strategic Centre, Jordan

1996 : Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney

1993 : Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMone





1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page