top of page

Hari Pekerja 2023 sebagai penghormatan pendidikan vokasional



Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun merupakan satu peringatan penting kepada sumbangan dan pengorbanan para pekerja di seluruh dunia.


Pekerja merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara.


Bagi Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, antara pekerja yang patut diberi penghargaan tinggi adalah pekerja dari industri berteras vokasional.


"Para pekerja ini meliputi pelbagai bidang seperti automotif, elektrik, pembinaan, perhotelan, kesihatan, pertanian dan banyak lagi. Mereka memerlukan kemahiran teknikal dan praktikal yang tinggi untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan cekap dan berkualiti.


"Pendidikan Teknikal dan Vokasional atau TVET telah menjadi buah mulut pada 2023, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perancangan pendidikan vokasional sebagai sebahagian daripada teras pendidikan negara dalam Belanjawan 2023 pada bulan Februari.


"Meskipun kerja kolar biru kurang berglamor dan berprestij berbanding sector profesional, TVET mampu melahirkan generasi yang lebih berdikari dan berdaya tahan tinggi," kata Andre Lai dalam satu kenyataan.



Oleh itu, menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu, pekerja-pekerja TVET dan vokasional juga memerlukan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.


"Negara kita telah mengambil langkah-langkah untuk memperkukuhkan sistem TVET dan vokasional dengan menyediakan lebih banyak peluang, kemudahan, insentif dan pengiktirafan kepada pekerja-pekerja ini.


"Matlamatnya adalah untuk menjadikan pekerja-pekerja TVET dan vokasional sebagai pekerja-pekerja mahir yang diminati oleh majikan dan pasaran.


"Kerajaan Malaysia Madani di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan terhadap TVET sebagai pencetus pemangkin ekonomi negara. Dengan lawatan demi lawatan mengundang pelaburan asing, pekerja mahir dan separa mahir mempunyai nilai dan potensi yang besar untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.


Justeru, Andre Lai menyeru pada Hari Pekerja 2023 supaya rakyat mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para pekerja yang telah bekerja keras serta berdedikasi untuk membina negara


Beliau berharap pekerja diiktiraf sebagai pejuang-pejuang tanpa nama yang layak mendapat penghormatan dan sokongan daripada semua pihak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page