top of page

Hari Parlimen Sedunia: Pertahan tiang seri demokrasi




Parlimen merupakan institusi terpenting negara dan bukan sekadar tempat untuk mewujudkan undang-undang baharu tetapi juga berfungsi sebagai badan pengimbang kepada cabang eksekutif.


Demikian ungkapan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya sempena Hari Parlimen Sedunia 2020.


Bagi Anwar, konsep 'kedaulatan Parlimen' diterima pakai di semua negara demokrasi atau semi demokrasi di dunia maka tibalah masanya Malaysia tidak meremehkan institusi tersebut sebagaimana yang terjadi hari ini.


"Laman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyebut Parlimen menjadi lebih penting tatkala perang atau kemelut, apatah lagi di kala pandemik Covid-19. Di mana badan itu diperlukan untuk meluluskan undang-undang baharu, peruntukan kecemasan, memastikan kebertanggungjawaban dan atau meneliti setiap tindakan kerajaan agar kebocoran atau kecurangan dapat dielakkan.


"Namun lain halnya di Malaysia, di mana kerajaan yang ada tidak hanya tiada keabsahan tetapi terus terusan menginjak setiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak mengadakan sidang Parlimen atau Dewan Rakyat. Gejala ini ternyata tidak berlaku di negara-negara maju lain, termasuk jiran kita Singapura.


"Amatlah wajar untuk kita terus menggesa kerajaan hari ini mengadakan sidang Parlimen sesegera mungkin dan menjunjung tinggi institusi Parlimen sebagai tiang seri demokrasi dan negara hukum," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Malaysia kali terakhir mengadakan sidang parlimen pada 18 Mei lalu. Sidang tersebut dipertikaikan banyak pihak apabila Ahli Parlimen hanya hadir untuk mendengar titah Yang Dipertuan Agong sebelum sesi berakhir untuk setengah hari. Tiada perbahasan atau soal jawab dibenarkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page