top of page

Hari Malaysia: Tekad angkat darjat kawasan pedalaman, miskin bandar - PM



Hari Malaysia bermakna kehidupan yang lebih baik buat warganya setelah generasi terdahulu bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah barat.


Sehubungan itu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Jemaah Menteri bertekad untuk mengangkat martabat penduduk Malaysia terutama yang masih menjalani kehidupan sukar di sub bandar dan luar bandar agar menjadi manusia yang taraf kehidupannya lebih baik.


"Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya bertekad untuk terus mengangkat darjat semua negeri (termasuk negeri pembangkang) terutamanya kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar (untuk mendapat kehidupan yang baik)," katanya dalam catatan di Facebook memuji sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.


PM juga berkata, beliau akan bertungkus lumus menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi menjadikan penduduk di Sabah dan Sarawak lebih bermaruah.


"Saya turut memberi jaminan akan bertungkus lumus menjayakan MA63 bersama rakan pimpinan dan Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).


"Saya percaya dengan permuafakatan serta musyawarah yang wujud antara Persekutuan dengan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, perkara ini mampu direalisasikan," ujarnya.


Dalam catatan itu juga, Anwar turut memuji semanagat kental yang ditunjukkan oleh warga Sabah malam tadi dalam menyambut Hari Malaysia biar pun basah ditimpa hujan lebat.


"Salut saya kepada rakyat Sabah serta para petugas yang tidak berganjak walau hujan lebat membasahi lokasi keramat, Padang Merdeka.


"Semangat Jiwa Merdeka seperti ini harus sentiasa disemat utuh oleh semua dalam membangun Malaysia selain menjauhi sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page