top of page

Hari Malaysia: PM Anwar seru lebur kebencian, prasangka antara kaum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read

PM Anwar berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA Arena, Butterworth menekankan penyatuan nasional tanpa mengira kaum, agama dan wilayah
PM Anwar berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA Arena, Butterworth menekankan penyatuan nasional tanpa mengira kaum, agama dan wilayah

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat meleburkan kebencian dan prasangka antara kaum, agama dan wilayah demi memperkukuh sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA Arena, Butterworth, beliau mengingatkan pengajaran dari serangan Israel terhadap Doha, Qatar dan kehancuran berterusan Palestin, bahawa hanya kesatuan nasional mampu menjamin kelangsungan sesebuah negara.


"Apa yang saya dapat saksikan adalah sebuah kekuatan dunia Islam dan Arab sukar menyaingi kekuatan Israel.


"Apa pengajaran (dalam hal ini) adalah negara merdeka dan berdaulat mesti bersatu dan meleburkan kebencian serta prasangka antara kaum, agama dan wilayah.

"Pelampau kaum, fanatik agama atau fahaman wilayah sempit mesti dibanteras. Negara merdeka mesti bersatu untuk menjamin kelapangan hidup rakyat," tegasnya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth malam tadi.


Sambutan dihadiri lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum dan dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.


Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.


Sementara itu Anwar dalam ucapannya turut menegaskan, melalui perpaduan, dengan tata kelola baik serta agenda pembaharuan akan mampu melonjak ekonomi sekaligus menjamin keselesaan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page