Hari Kebangsaan: Sektor swasta pamer semangat patriotik, sumbang RM22 juta


Sektor swasta dan korporat terus mempamerkan semangat patriotik dengan tampil berganding bahu menyokong penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, jumlah tajaan sempena HKHM 2025 kini melebihi angka RM22 juta, sekali gus merekodkan peningkatan lebih lima kali ganda berbanding tahun lalu.
"Sebanyak 113 rakan strategik terlibat tahun ini, membuktikan keyakinan tinggi pihak swasta untuk menjayakan sambutan tersebut yang dianggap sebagai acara berimpak nasional.
"Daripada jumlah itu, RM1.9 juta disumbangkan dalam bentuk tunai manakala RM20.24 juta lagi berupa in-kind atau perkhidmatan. Peningkatan ini cukup membanggakan kerana ia mencerminkan semangat patriotisme sektor korporat," katanya dipetik.
Fahmi berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan HKHM 2025.
Antara penaja utama yang menyatakan komitmen antaranya Astro, QSR, Telekom Malaysia (TM), Gerbang Alaf, 7-Eleven, TS Law, Food Panda, Mubari, Carsome dan Red Bull.
Sementara itu menurut Fahmi, sumbangan akan disalurkan ke Akaun Amanah Sekretariat Merdeka bagi membiayai persiapan sambutan, manakala kerajaan akan memberi insentif potongan cukai kepada penaja selepas HKHM 2025 diiktiraf sebagai projek berkepentingan nasional oleh Kementerian Kewangan.
"Saya percaya langkah itu akan terus menggalakkan lebih banyak penglibatan sektor swasta dalam menjayakan HKHM, sekaligus menyerlahkan patriotisme korporat terhadap tanah air," tambahnya.




The RM20.24 million in in-kind services versus just RM1.9 million cash really stands out, since it suggests sponsors prefer visibility over direct funding. I noticed the tax incentive only kicks in after the event is recognised as a national interest project, which makes me wonder if that timing affects how quickly smaller companies commit, something I've seen discussed around https://vironkasino.com in a different context. Still, 113 partners is a solid jump from last year.