top of page

Hari Kebangsaan: Sambutan pelbagai kaum, bukti perpaduan nasional kukuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3
  • 1 min read

David Cheong (berbaju kuning, belakang) dalam program sambutan bersama kanak kanak di kawasannya
David Cheong (berbaju kuning, belakang) dalam program sambutan bersama kanak kanak di kawasannya

Oleh: Akmal Manaf


Kehadiran rencam bangsa dalam setiap program kemerdekaan baru-baru ini bukan sahaja menyemarakkan lagi sambutan, malah menjadi bukti nyata bahawa perpaduan nasional yang kukuh dan bersemarak di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Itu gambaran yang dikongsi Pengerusi Biro Perpaduan Nasional KEADILAN Selangor, David Cheong Kian Young selepas beliau sendiri menyertai pelbagai program di peringkat negeri dan masyarakat, termasuk acara perbarisan, sambutan di peringkat komuniti serta aktiviti bersama anak muda dan badan bukan kerajaan (NGO).


Katanya, kecemerlangan Kerajaan MADANI dalam mengangkat agenda keadilan sosial, kesejahteraan rakyat dan pembangunan inklusif telah berjaya menyalakan semangat keyakinan serta kebersamaan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.


''Sambutan meriah penuh warna-warni ini adalah bukti nyata bahawa Gagasan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, tetapi sudah menjadi realiti yang membuahkan hasil perpaduan, keharmonian dan kemakmuran.


''Kami akan terus komited melaksanakan agenda perpaduan melalui program-program yang inklusif dan menyeluruh, agar semangat patriotik dan kekuatan kebersamaan rakyat terus diperkukuh,'' katanya dalam satu kenyataan.

Sambutan Hari Kebangsaan dengan tarian tradisonal Tionghua, tarian naga dan singa
Sambutan Hari Kebangsaan dengan tarian tradisonal Tionghua, tarian naga dan singa

Dalam pada itu, David Cheong yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas sambutan luar biasa yang ditunjukkan rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam menyertai program-program sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan.


Menurutnya, kehadiran dan penyertaan mereka dengan semangat patriotik yang tinggi, jelas membuktikan rakyat di negara ini bersatu hati dalam meraikan nikmat kemerdekaan yang dikecapi bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page