top of page

Hari Guru: ‘Sampai hujung nyawa dipanggil guru’ - Fadhlina Sidek



Oleh: Abdullah Zaid


Jasa dan pengorbanan golongan pendidik yang banyak melahirkan individu berjaya sentiasa dihargai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.


Dalam perutusan sempena Hari Guru bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani", Menteri Pendidikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pekerjaan seorang guru amatlah dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.


Katanya, guru merupakan antara pekerjaan yang dianggap mulia dan individu yang bergelar guru akan memakai gelaran tersebut sehingga ke akhir hayat.


"Sekali bergelar guru, sampai hujung nyawa dipanggil cikgu. Berbicara tentang guru umpama kita berbicara tentang ibu bapa kita. Sering kali perasaan terharu dan sebak datang menusuk kalbu saat bercakap perihal guru," katanya dalam satu kenyataan.


Malah berkongsi pengalamannya, Fadhlina berkata, tugas seorang guru itu amat berat dan tanggungjawab yang dipikul amat besar.


"Sesekali dalam lawatan, saya memikirkan betapa kesungguhan para pendidik ini tidak mungkin dapat dibalas dengan ganjaran dunia.


"Cabaran sebagai seorang pendidik pastinya tidak semudah yang disangka. Tugasnya berat, bebanannya besar. Itulah amanah yang dipikul di atas jemala para guru," ujarnya.


Oleh itu kata beliau, kementerian pada ketika ini giat menambah baik infrastruktur dan kemudahan termasuk akses dan peluang pendidikan bagi memastikan tugas guru dalam membentuk masyarakat bergerak lancar.


Tambahnya, kementerian juga ingin melaksanakan perubahan pendidikan digital sesuai dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) negara.


"Guru-guru disarankan untuk membangun kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas. Melalui latihan dan pembelajaran kendiri, mereka akan menjadi peneraju dalam membentuk landskap pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang.


"Selain itu, KPM telah menambah baik ekosistem pendidikan digital untuk membantu dan memberikan sokongan kepada para pendidik ini untuk mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran dalam digital," jelasnya.


Hal itu kata Fadhlina, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri yang mahu negara dibangunkan dalam aspek lahiriah dan pembangunan fizikal bagi membentuk pembinaan jati diri bercirikan semangat Malaysia.


"Teknologi merupakan solusi kepada permasalahan dan keciciran dalam pendidikan di samping membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam proses pendidikan hari ini.


"Oleh hal yang demikian, guru jauhari digital yang sedar akan peranannya sebagai pendidik insani bertanggungjawab mengintegrasikan teknologi secara efektif dalam proses pendidikan," katanya lagi.


Hari Guru disambut pada 16 Mei di seluruh negara. Manakala Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 diadakan pada 14 – 16 Mei 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC).

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page