Hari Guru: Lonjakkan semangat rakyat Malaysia jadi hebat kembali
- Suara Keadilan
- May 16, 2023
- 1 min read

Warga pendidik disaran untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk melonjakkan semangat rakyat sebagai era 1990an untuk memastikan Malahysia menjadi negara maju.
Hal itu diucapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bersama warga pendidik di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pagi tadi.
"Saya tegaskan bahawa peranan guru cukup besar dalam kehidupan kita. Kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, yakni guru dinilai dari segi keupayaan mendidik anak murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak tinggi.
"Saya turut memohon warga pendidik agar memberi kesempatan baharu kepada kepimpinan kerajaan serta melonjakkan semangat rakyat untuk kembali menjadi negara hebat di rantau ini," katanya.
PM juga menyarankan agar Kementerian memikirkan cara untuk menarik semula minat para pelajar meminati bidang sains dan teknologi sebagaimana dua dekad lalu bagi menyediakan Malaysia ke arah negara Revolusi Perindustrian 4.0.
"Saya juga meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan satu pasukan khas bagi mencari jalan untuk menyuntik semula semangat anak-anak supaya kembali meminati subjek berkaitan sains dan teknologi," katanya lagi.
コメント