top of page

Hari Guru, Hari Belia Tingkatkan Idealisme Perjuangan


Rasullulah s.a.w diutus untuk mengajar, jadi pada Hari Guru rakyat perlu anggap kerjaya guru adalah untuk membentuk generasi. Iaitu mendidik, memperbaiki dan membentuk peradaban.


Anwar membincangkan sedikit pengalaman sebagai guru dan mengasaskan Yayasan Anda Akademik untuk anak-anak miskin belajar Tingkatan 5 dan 6. Rakan-rakan pensyarah turun mengajar dengan yuran yang kecil. Banyak profesional berjaya dilahirkan.


Dalam situasi Covid 19, guru berkhidmat secara online. Guru bertugas dalam keadaan pembatasan sosial. Cuma masalahnya prasarana lembab seperti ketersambungan internet. Dalam menyambut hari guru, iktiraf mereka dan ucap terima kasih, juga perlu diberi prasarana pengajaran lebih baik buat mereka.


Anwar ketika menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak kerajaan iktiraf Hari Belia. PM Tun Razak ketika itu setuju. Anwar mula aktif dalam gerakan belia semasa di Universiti Malaya (UM), menjadi pemimpin PBMUM, PKPIM dan sebagainya.


Sebagai pemimpin belia beliau ditahan ISA selama hampir 2 tahun ketika memimpin ABIM. Sebab ditahan kerana belia membela nasib rakyat miskin di Baling, Kedah yang terhimpit kesesakan hidup. Anwar mengingatkan perbezaan dengan generasi muda hari kini yang lebih suka berswafoto, berpakaian cantik. Belia dan mahasiswa perlu ada idealisme membawa perubahan, terutama kepada masyarakat.


Bulan Mei juga mengingatkan detik pembebasan Anwar dua tahun lalu. Dari tahanan segera di bawa ke istana. Yang Dipertuan Agong maklum mengenai penganiayaan politik berselimut perundangan ke atas beliau. Lalu menganugerahkan pengampunan penuh. Melalui pembebasan itu membuka ruang kepada Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dan menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada hujung 2018.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page