top of page

Hari Belia Pahang: Penyertaan aktif agensi kerajaan, NGO beri informasi berguna

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 2, 2024
  • 1 min read


Hari Belia Pahang yang berlangsung baru baru ini di peringkat negeri telah memberi informasi berguna kepada kalangan belia dengan penyertaan pelbagai NGO, agensi kerajaan serta swasta.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Kuantan, beberapa NGO di bawah kendalian pimpinan KEADILAN Pahang turut serta dalam sambutan di Wisma Belia Negeri Pahang, Indera Mahkota pada 26 hingga 28 Julai 2024 itu.


Katanya, majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri Pahang tersebut telah diserikan dengan kunjungan khas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah pada hari terakhir program.


"Baginda sempat melawat pelbagai gerai pameran termasuk gerai Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) dan TEJA Station yang mendapatkan kerjasama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) di dalam program penyetempatan (localisation) Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)," kata kenyataan itu.


Tengku Mahkota Pahang (berpakaian askar) bertanyakan soalan kepada remaja di pameran Hari Belia Pahang

Menurut Pengerusi WINK, Sridayu Samsuri, WINK sebagai rakan solusi APPGM-SDG telah diberi peluang mengendalikan program penerangan tentang "Sustainable Development Goals" untuk anak-anak muda oleh pihak penganjur sempena sambutan berkenaan.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pahang turut menyatakan rasa gembira di atas penyertaan aktif para belia di dalam mendalami aspek mencapai SDGs dalam sesi bengkel dan forum yang diadakan.


"Penyetempatan 17 Matlamat Pembangunan Lestari ini akan digerakkan dengan lebih intensif lagi melalui penglibatan belia di dalam projek-projek komuniti di bawah APPGM-SDG selepas ini," katanya lagi.


Sebelum itu, perasmian sambutan Hari Belia Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang pada hari pertama. Sekitar 100,000 pengunjung terutama dalam kalangan belia telah menyertai sambutan hari belia tahun ini.

1 Comment


Kiara semesania
Kiara semesania
Jun 29, 2025

Gue nemu daftar link slot penipu, liat sini: https://kabar4d.blog/phising-alert

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page