Hari Antarabangsa bagi Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Orang Asal


Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap
ULASAN: Kadangkala, kekuatan sesebuah komuniti dipelihara oleh mereka yang namanya jarang disebut.
Tanggal 5 September 2026 lalu mencatat sejarah apabila dunia buat pertama kalinya memperingati secara rasmi Hari Antarabangsa bagi Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Orang Asal di bawah pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di seluruh dunia, terdapat sekitar 185 juta wanita Orang Asal. Manakala di Malaysia, berdasarkan Banci 2020, DOSM merekodkan 105,107 perempuan daripada keseluruhan 213,461 penduduk Orang Asli.

Di sebalik angka ini terdapat ibu, anak perempuan, pemimpin dan penjaga pengetahuan yang turut mempertahankan bahasa, budaya, keluarga, komuniti serta hubungan dengan alam.
Menjaga lingkungan kehidupan
Pengiktirafan ini mengingatkan kita bahawa kepimpinan bukan sekadar tentang jawatan. Ada kepimpinan yang hidup dalam keluarga, diwariskan antara generasi dan tumbuh daripada usaha menjaga manusia serta lingkungan kehidupannya.
Dalam masyarakat kita yang beragam, mendengar suara wanita Orang Asal juga bererti memberi ruang kepada pengalaman, pengetahuan dan aspirasi mereka untuk turut membentuk masa depan bersama-sama.
Kerana sebuah komuniti yang lestari bukan hanya menjaga alam dan budayanya, tetapi juga memuliakan manusia yang menjaganya.




Comments