Hargai sumbangan allahyarham Tun Arshad Ayub - Anwar



Pemergian tokoh dan pemuka pendidikan negara, allahyarham Tun Arshad Ayub merupakan kehilangan besar kepada pendidikan tinggi negara.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sumbangan allahyarham dalam mengasaskan Institut Teknologi MARA (ITM) perlulah dikenang oleh generasi masa kini dan seterusnya.


"Dilaporkan tokoh dan pemuka pendidikan negara, Tun Arshad Ayub telah pergi dijemput Ilahi pada jam 2.06 pagi tadi.


"Salam takziah kepada keluarga allahyarham serta semoga dikurniakan kekuatan kepada mereka.


"Di kesempatan ini ingin saya singkap tentang sumbangan allahyarham yang tidak kecil, terutamanya jasa beliau dalam menggagas antara institusi pendidikan terpenting di negara ini, iaitu Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM)," katanya dalam perutusan takziah di Facebook.


Ujar Anwar, jasa allahyarham Tun Arshad menubuhkan UiTM yang tersohor itu adalah kesungguhan beliau dalam memperbaiki pencapaian pendidikan tinggi anak bangsa, khususnya Bumiputera.


"Menubuhkan institusi pendidikan sebesar itu merupakan bukti komitmen dan ‘conviction’ beliau dalam mengangkat dan membela anak-anak bangsa terutamanya dalam aspek pendidikan dalam usaha dan upaya kita membina sebuah masyarakat yang bertamadun dan berintegriti tinggi.


"Semoga ruh beliau diberikan tempat yang istimewa oleh Yang Maha Esa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER