top of page

Hargai pengorbanan tokoh pembentukan negara - Mustapha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Generasi muda diseru menghargai pengorbanan tokoh terdahulu yang berjuang demi kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) menegaskan kedaulatan negara yang dikecapi hari ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai tanpa pengorbanan generasi terdahulu


"Leluhur dan generasi terdahulu menitis darah untuk mewariskan negara yang merdeka dan berdaulat untuk kita nikmati pada hari ini.


"Kita perlu memaknai perkara ini kepada generasi muda bahawa pembentukan Malaysia ini bukannya mudah. Terima kasih kepada kepimpinan dan generasi terdahulu kerana bersetuju untuk kita bersama dalam Malaysia," katanya dipetik laporan media.


Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata begitu ketika merasmikan Sambutan Hari Malaysia peringkat Kampung Nountun, di Inanam pada Ahad.


Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk Jualan Rahmah MADANI serta penyertaan gerai jualan usahawan tempatan.


Beliau turut menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada penduduk selain menyempurnakan pembukaan semula gelanggang futsal yang selesai dibaik pulih.


Terdahulu, Mustapha dalam ucapannya menyeru golongan muda di daerah tersebut agar sentiasa mengutamakan pendidikan.


Beliau menegaskan bahawa pendidikan sangat penting kerana pemuda hari ini bakal mengisi kemerdekaan dan meneruskan perjuangan negara pada masa hadapan.


"Pendidikan ini penting. Ia berupaya mengubah diri, keluarga, negeri dan negara ke arah yang lebih baik. Jadi, asasnya ialah pendidikan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page