Harga tanah di Kampung Baru jatuh separuh daripada harga dijanji PH?



Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur berbangkit lagi sebaik selesai sesi pendengaran kali kedua oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, maklumat yang diperolehinya pihak PTG hanya menawarkan pampasan sekitar RM500 sekaki persegi kepada pemilik tanah.


Kata Fahmi, harga tersebut hampir separuh lebih rendah berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 lalu, tetapi dibantah oleh pemimpin Umno yang menurut mereka harga boleh mencecah RM3,000 sekaki persegi mengambil kira harga tanah di KLCC.


"Saya difahamkan pemilik pemilik rumah di Kampung Sungai Baru baru selesai pendengaran pusingan kedua isu pampasan pemaju


"Dulu masa Khalid Samad jadi Menteri Wilayah, dia tawar RM850 sekaki persegi + saham RM150 untuk tanah Kampung Baru berstatus rizab Melayu (Kg Sg Baru pula berstatus komersial)


"Masa Khalid Samad menteri, Annuar Musa tegaskan RM850 sekaki persegi tak cukup, patut ikut harga pasaran. Tapi bila Annuar Musa jadi Menteri Wilayah… apa jadi?" tanyanya.


Tambah Fahmi, kini Menteri Wilayah Persekutuan bertukar tangan kepada Shahidan Kassim dan penduduk Kampung Baru langsung tidak dibela, malah harga tanah semakin rendah serta dipaksa pula serahkan tanah kepada kerajaan untuk diberikan kepada syarikat pemaju.


Oleh itu, Fahmi mahu pertubuhan awam dan parti politik yang bising ketika PH mahu membangunkan kampung itu dahulu turun padang untuk membela rakyat yang tertindas.


"Sekarang, masa Shahidan Kassim jadi Menteri Wilayah harga hanya RM500-600 sekaki persegi


"Mana suara Umno? Mana Rina Harun dan Bersatu? Mana geng-geng semboyan? Mana kamu semua??


"Apa sudah jadi ni?" tanyanya lagi.


Difahamkan pendengaran kali kedua adalah penamat kepada proses pengambilan tanah dan selepas ini hanya Menteri yang mempunyai kuasa untuk menerus atau membatalkan pengambilan tanah dengan harga yang telah ditawarkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER