top of page

Harga sawit baru naik sedikit, kenapa perlu naik gaji, elaun Lembaga Pengarah FGV?



Kenaikan gaji, elaun dan kemudahan kepada Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad terus mendapat kecaman daripada pemimpin KEADILAN.


Terbaharu, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan keperluan menaikan faedah tersebut memandangkan harga sawit hanya meningkat dalam setahun kebelakangan ini, sebelum itu harganya merosot teruk.


"Kenapa perlu dinaikkan (gaji, elaun) sekarang? Sawit baru naik sikit tetapi dalam masa sama harus diingat, buatlah 'falsafah Nabi Yusof'. Hari ini (keuntungan) untuk 10 tahun. Jangan hari ini mentekedarah, hari ini perabihkan. Ini tak boleh," katanya.


Beliau tidak melindungi rasa sedihnya apabila mendengar berita mengenai Mesyuarat Agung tahunan FGV semalam yang dilaporkan sebahagian besar agendanya berkisar kepada kenaikan elaun dan gaji Lembaga Pengarah.

Agenda mesyuarat yang menimbulkan kontroversi

"Saya bila mendapat berita ini, secara tidak langsung mengalirkan air mata. Derita rakyat tidak dipedulikan langsung. GLC itu di bawah kuasa kementerian. Kementerian Luar Bandar, kementerian terlibat secara langsung ini tak pekakah derita rakyat?


"Orang tanya, apa jadah yang dibuat Felda ini? Saya nak tekankan, saya tak nampak kesungguhan kerajaan BN-PN mahu menilai secara keseluruhan (keperluan rakyat)," katanya.


Abdullah juga melihat kerajaan BN - PN tidak bersungguh sungguh mahu menyelesaikan masalah rakyat dan lebih sibuk mengumpul keuntungan peribadi dalam banyak perkara.


"Apa yang saya nampak hari ini kerajaan tidak serius untuk menyelesaikan, menangani masalah rakyat terbanyak


"Apa yang saya nampak mereka hanya nak mengaut untung, punggah khazanah negara dan bagaimana mereka memperkuatkan kuasa. Itu yang saya nampak," katanya lagi.


Antara yang paling 'melukakan' hati para netizen berhubung Mesyuarat Agung Tahunan FGV semalam ialah agenda menaikkan gaji tahunan Pengerusi FGV daripada RM300,000 ke RM480,000.


Elaun pengarah juga dinaikkan daripada RM120,000 kepada RM150,000 setahun.


Sedangkan sehari sebelum itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menaikkan Bantuan Rakyat Malaysia 'hanya' sebanyak RM100 berikutan penarikan subsidi ke atas ayam bulat, telur dan minyak masak botol.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page