top of page

Harga RON97, diesel diturunkan selaras harga minyak dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Harga petrol RON97 dan diesel dikurangkan lapan sen bagi tempoh seminggu bermula semalam hingga 14 Mei ini di Semenanjung Malaysia.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, penurunan harga bahan itu susulan perubahan harga pasaran minyak dunia.


''Harga runcit RON97 turun kepada RM3.10 seliter, manakala harga RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.


''Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula diturunkan sebanyak RM0.08 sen kepada paras RM2.80.


''Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,'' maklum kementerian itu.


MOF turut memberitahu bahawa penetapan harga runcit produk petroleum itu dibuat secara mingguan dengan mengguna pakai formula Penetapan Harga Automatik (APM).


''Kerajaan akan terus memantau perkembangan dan menyelaras harga runcit diesel dan RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak, malah menyokong kestabilan harga.


''Kerajaan juga bertekad untuk mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus dipelihara,'' ujar kementerian itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page