top of page

Harga pembelian padi ikut budi bicara pengilang



Oleh: Abdullah Zaid


Penurunan harga belian padi daripada RM1,700 satu tan sebelum ini kepada harga lantai RM1,200 oleh pengilang padi untuk pesawah perlu ditelusuri dengan lebih mendalam.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, peranan kerajaan hanya menetapkan harga lantai sebanyak RM1,200 dan sekiranya pengilang mahu membuat pembelian pada harga lebih tinggi maka itu keputusan pihak pengilang.


"Kerajaan tidak pernah menaikan harga pembelian (RM1,700 per tan) yang dimomokan oleh mereka (di media sosial) namun perubahan ini berlaku mengikut kehendak pengilang.


"Ada pengilang yang membeli dengan harga tinggi tetapi pada ketika ini tatkala krisis (kenaikan harga beras import) berlaku, mereka kembali kepada harga asas yang ditetapkan kerajaan," katanya.


Namun, Aishah juga tidak menolak campur tangan kerajaan dalam memastikan isu pembelian padi itu mereda, selain menegaskan faktor pembelian harga padi itu adalah kuasa budi bicara pengilang mengikut amalam sebelum ini. Biar pun beliau tidak menolak perlu dilakukan kajian mendalam berkenaan hal tersebut.


Dalam pada itu, Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN itu mengingatkan pihak pihak tertentu untuk tidak mempolitikkan isu berkenaan kerana isu makanan ruji adalah untuk kepentingan semua yang tidak wajar disalah ertikan.


"Tiada yang salah jika menjadi pengkritik kepada isu ini (pembelian pada harga lantai) namun jangan heret rakyat kepada sikap manipulasi fakta yang sering diamalkan," katanya merujuk kepada hantaran keliru di media sosial yang sering menyalahi fakta.


Sementara itu, semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata harga lantai belian padi oleh pengilang mula diperkenalkan sejak 2014.


Oleh itu, katanya, kerajaan pada ketika ini masih meneruskan pemberian insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 per tan kepada pesawah.


Terdapat teori bahawa pengilang membeli pada harga lebih tinggi sebelum ini dengan jangkaan kerajaan akan menaikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.10 sekilogram kerana kekurangan bekalan beras import.


Namun apabila kerajaan bertegas untuk menetapkan harga jualan pada RM2.60 sekilogram pengilang yang menjangka berhadapan kerugian pada musim ini memutuskan untuk membeli hasil tuaian padi pada harga lantai yang ditetapkan kerajaan.


0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page