top of page

'Harga minyak turun tanda Anwar tunai janji'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 2 min read

DS Anwar berucap pada majlis mengenang 27 tahun reformasi anjuran MPN KEADILAN Melaka
DS Anwar berucap pada majlis mengenang 27 tahun reformasi anjuran MPN KEADILAN Melaka

Harga petrol RON 95 merupakan senjata pembangkang memperleceh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutama membabitkan klip video ceramah beliau sebelum Pilihan Raya Umum 2013.


Namun bagi PM yang juga Menteri Kewangan, semua janji pasti akan ditunaikan, cuma sama ada segera atau lambat berdasarkan kemampuan kewangan negara.


"Ada orang kata Anwar janji tak tunaikan. Ada (janji) yang mengambil masa. Tetapi saya nak bagi tahu, banding dengan kerajaan dulu... minyak turun atau tidak?" soalnya.


"Turunnn," disambut laungan hadirin pada majlis "Rapat Umum, 27 Tahun Reformasi" anjuran KEADILAN Melaka semalam.


Tegas Anwar, tiada negara di dunia yang mampu menurunkan harga minyak pada waktu ketidaktentuan ekonomi global. Hanya Malaysia, katanya, yang melakukan hal itu dalam polisi menjaga kebajikan rakyat.


"RM1.99 (seliter) mana ada negara di dunia yang turunkan harga minyak. Arab Saudi, Qatar pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, harga minyak RM2.60. Malaysia RM1.99.


"Sebab pertama kita janji. Kedua kita nak pastikan Kerajaan Madani ini kebajikan rakyat diutamakan," katanya.

DS Anwar menurunkan tandatangan di plak tokoh reformasi tanda perasmian majlis
DS Anwar menurunkan tandatangan di plak tokoh reformasi tanda perasmian majlis

Di sebalik itu, ujar Anwar, terdapat pihak yang beranggapan menambah subsidi petrol bukan langkah terbaik ekonomi. Kaedah terbaik, kata mereka, adalah rakyat membeli minyak pada harga dunia dan golongan miskin diberi bantuan tunai.


"Saya kata kebijakan ekonomi penting tarik pelaburan tetapi kebijakan ekonomi mesti diseimbangkan dengan kebajikan rakyat. Malaysia pilih kebijakan ekonomi dan kebajikan rakyat. Sebab itu minyak turun," katanya.


PM berkata, semua yang dilakukan kerajaan hari ini adalah janji Reformasi yang diperjuangkan sejak 27 tahun lalu. Maka hari ini rakyat terbanyak yang mendukung Reformasi menikmati perobahan yang dibawa Kerajaan Madani berupa polisi berkebajikan pro rakyat.


Dasar itu, katanya, termasuklah menaikkan gaji kakitangan awam yang sejak 12 tahun lalu tidak pernah dinaikkan.


"Para penjawat awam, 12 tahun ... polis, tentera, guru, jururwat tunggu naik gaji.... Alhamdulillah Kerajaan Madani naikan gaji mulai tahun ini.


"Yang di bawah naik 25 - 30%, yang di atas maksimum 7%, Menteri, Timbalan Menteri potong 20%. Ini baru kerajaan rakyat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page