top of page

Harga minyak: Sistem kiraan tidak sama, diesel di M'sia lebih rendah dari Thailand

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 days ago
  • 2 min read

Tindakan warga net dan penyokong pembangkang yang membandingkan harga minyak Malaysia dengan Thailand tanpa mengambil kira keseluruhan dasar terus mengundang kritikan.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, sebarang perbandingan harga bahan api antara Malaysia dan negara lain perlu dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira dasar dan mekanisme yang berbeza, termasuk isu subsidi yang diberikan.


Beliau juga mengkritik tulisan Presiden Pas, Hj Hadi Awang baru baru ini yang mendakwa tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri.


"Ramai.. bukan (sahaja) Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang, pemimpin Pas, Bersatu, pembangkang suka bandingkan harga minyak (tidak bersubsidi) dengan Thailand (lebih murah).


Danish Hairudin
Danish Hairudin

"Hari ini harga minyak (Malaysia) turun, tak nak (pula) banding dengan Thailand? Kalau kita nak buat perbandingan ini, kena menyeluruh.


"Kita di Malaysia ini menggunakan sistem apungan (Mekanisme Penetapan Harga Automatik) atau APM. Kita bukan macam Thailand yang gunakan (sistem kiraan) secara harian, kita gunakan sistem kiraan harga minyak berdasarkan minggu," katanya dalam satu siaran video.


Jelas Danish yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, dasar Thailand dan Malaysia merupakan dua perkara yang berbeza. Harga minyak apungan Malaysia berdasarkan harga minggu sebelumnya dan bukan kiraan harian.


Katanya, jika mahu membuat perbandingan dengan Thailand seharusnya warga net atau pembangkang melakukannya secara menyeluruh termasuk menilai sama ada negara itu menyediakan subsidi bersasar seperti dilaksanakan di Malaysia.


"Adakah Thailand ada memberi (subsidi) BUDI 95 macam Kerajaan MADANI (beri)? Adakah Kerajaan Thailand ada memberikan budi khas kepada sektor pertanian, pengangkutan awam dan petani?


"Itu yang tidak dijelaskan bukan sahaja oleh Minda Presiden Pas (tulisan), tapi minda Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga sebegitu," katanya lagi.


Untuk rekod, berdasarkan semakan harga diesel tidak bersubsidi semasa, harga di Malaysia sekitar RM5.15 seliter, berbanding harga diesel di Thailand yang mencecah lebih RM6 seliter pada pertengahan April.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page