top of page

Harga minyak sawit botol tinggi: Kembalikan subsidi di musim PKP - Pemuda PH


Kenaikan harga minyak sawit botol yang dianggap munasabah oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semalam dibantah majoriti rakyat.


Alasan kenaikan tersebut, kononnya sesuai dengan harga pasaran dunia seolah-olah menidakkan Malaysia sebagai negara kedua terbesar pengeksport minyak sawit, yang seharusnya memberi keistimewaan kepada rakyat sebagai pengeluar utama dunia.


Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kawalan harga ke atas minyak sawit botol perlu dilakukan kerana kenaikannya mencecah RM8 sebotol sejak setahun lalu.


"Reaksi daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkenaan isu ini sangat mengejutkan. YB Menteri menyatakan harga pasaran minyak masak sekarang adalah munasabah.


"Perbandingan yang dibuat oleh Menteri berkenaan membandingkan harga pasaran minyak sawit mentah dan juga harga pasaran minyak masak adalah satu kenyataan yang dangkal. Kawalan harga terhadap minyak masak botol ini tidak akan menjejaskan harga pasaran minyak sawit mentah. Bahkan tidak memberi kesan secara langsung terhadap nasib peneroka sawit.


"Harga pasaran minyak masak botol pada ketika ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan pada zaman pemerintahan BN dan juga PH.


"Walaupun dengan ketiadaan sebarang subsidi terhadap minyak masak pada zaman pemerintahan PH, harga minyak masak botol tetap dapat

dikawal pada sekitar RM 20-22 sahaja. Namun, pada era pemerintahan PN ini, harga minyak masak botol melonjak lebih daripada RM 30 untuk 5 liter," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, kesombongan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tersebut amat mengguris hati rakyat terutama golongan M40 yang juga terkesan akibat pandemik Covid 19 dan kemelesetan ekonomi.


Justeru, beliau menyeru agar kerajaan mengembalikan subsidi ke atas minyak masak botol yang dicabut sejak 2017 lalu.


"Kenaikan harga ini bukan sahaja dirasai oleh golongan B40 sahaja, hatta golongan M40 dan juga T20 sendiri juga terkesan dengan kenaikan ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Dikala rakyat sedang susah mencari jalan untuk meneruskan hidup dalam era pandemik, pihak kerajaan seolah-olah memejamkan mata dan hanya memberikan seribu satu alasan berbanding berusaha mencari jalan penyelesaian.


"Kami menuntut supaya kerajaan hidupkan semula subsidi ke atas harga minyak masak botol setelah subsidi itu dihapuskan sejak 2017 yang lalu. Isu kenaikan harga minyak masak ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diatasi dengan segera," katanya lagi.


Semalam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikecam netizen kerana berkata kenaikan harga minyak sawit botol disebabkan peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan.


Beliau juga membayangkan harga di kilang sekitar RM25 untuk 5 kilogram dan menyebabkan harga di pasaran menjadi lebih tinggi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page