Harga melambung: Mahasiswa mahu gaji Menteri dipotong, salur dana bantu rakyat



Persatuan persatuan mahasiswa hari ini menuntut gaji Menteri dan Timbalan Menteri yang berjumlah lebih 70 orang dipotong dan dana disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.


Menurut Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif, yang menjadi jurucakap sidang media pagi tadi, mereka memandang serius kegagalan kerajaan dalam menangani kenaikan harga yang tidak terkawal sejak beberapa bulan kebelakangan ini sehingga menyukarkan kehidupan rakyat.


"Kesemua gerakan mahasiswa telah bertemu dan berbincang untuk mengadakan sidang media khas ini. Hasil perbincangan kami juga telah berjaya merangka 5 tuntutan dari mahasiswa kepada pihak kerajaan," katanya.


Tegas beliau, tuntutan utama daripada 5 perkara berkenaan adalah pemotongan gaji para anggota kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang amat tinggi dan tidak munasabah dalam keadaan rakyat memerlukan pembelaan.


"Kami menuntut pemotongan gaji Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan yang tidak masuk akal dengan jumlah kabinet yang besar. Adalah lebih baik para Menteri menyahut tuntutan ini dan menunjukkan kebersamaan mereka dengan rakyat," katanya.


Persatuan mahasiswa juga, kata Alif, mahu bantuan bermaruah di berikan kepada semua lapisan masyarakat. Bantuan sedia ada tidak mencukupi dalam mengurangkan beban sara hidup rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang


"Kami juga menuntut kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada dan tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi lain. Tekanan yang dahsyat akan dirasai masyarakat jika ada lagi subsidi yang akan dihapuskan dan ini perlu dibendung.


"Antara cadangan kami ialah meletakkan harga siling yang tepat untuk menyelesaikan isu ini seperti tetapkan harga siling dedak agar harga ayam stabil


"Kami turut menuntut Kementerian Pengajian Tinggi dan KPDNHEP mengawal harga barangan dijual di kafeteria dan vendor universiti kerana berlaku peningkatan harga makanan mendadak," katanya.


Selain itu, persatuan mahasiswa juga mahu kerajaan menyelesaikan masalah jaminan makanan. Hal itu, katanya merupakan masalah asas dan perlu untuk mengelakkan kenaikan harga barang secara drastik agar tidak berlaku.


"Sehubungan itu kami gerakan mahasiswa yang bukan sahaja mewakili mahasiswa tetapi suara rakyat menyeru semua parti komponen BN, PN, PH, GRS, GPRS, Muda dan Parti Sosialis Malaysia serta mana mana NGO untuk turut sama dalam gerakan ini untuk sama sama membela nasib rakyat.


"Dengar tuntutan kami atau kami akan turun (berdemonstrasi)," katanya lagi.


Alif tidak menolak sekiranya kerajaan gagal mengambil berat tuntutan daripada pihak persatuan maka mahasiswa akan turun ke jalan raya melakukan bantahan pada masa yang akan ditentukan kelak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER