top of page

Harga lantai padi naik RM1,300, dana bencana pertanian meningkat



Kerajaan Perpaduan yang dihentam pembangkang PN sepanjang minggu konon membiarkan harga lantai belian padi oleh pengilang amat rendah iaitu RM1,200 per metrik tan pada tahun ini, bersetuju untuk menaikkan had harga lantai kepada RM1,300 per tan.


Hal itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kerajaan telah menetapkan harga lantai pada RM1,200 sejak tahun 2014 lagi. Sukacita diumumkan Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan demi membantu pendapatan pesawah," katanya.


Sementara itu, bagi mengelakkan petani muflis atau berhutang terlalu banyak akibat dilanda bencana alam kerajaan menyediakan peruntukan khas Tabung Bencana Pertanian.


"RM50 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian akibat bencana.


"RM50 juta turut disediakan sebagai dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240 ribu pesawah," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page