top of page

Harga khinzir melambung akibat ASF: Kerajaan digesa beri jaminan pampasan



Harga khinzir hidup yang melambung di pasaran dalam tempoh 12 bulan lalu berikutan beberapa faktor terutamanya Demam Babi Afrika (ASF) memerlukan Kerajaan mencari formula penyelesaian segera.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, beberapa faktor utama dilihat menyumbang kepada kenaikan harga sehingga 10 kali ganda itu, termasuk peningkatan kos makanan ternakan sejak perang Rusia - Ukraine, kekurangan tenaga kerja ladang ternakan, dan yang paling menjejaskan wabak ASF yang memberi kerugian besar kepada petani.


Katanya, kes jangkitan ASF menyebabkan 100% populasi khinzir mungkin mati dalam masa 14 hari. Jika pun terselamat Kerajaan akan memusnahkan khinzir yang berbaki setelah ASF disahkan berlaku.


"Jadi penternak mengurangkan populasi khinzir sebagai langkah pengurusan risiko. Sesetengah ladang telah dikurangkan kepada hanya membiak 30% daripada kapasiti.


"Pengurangan ini menyebabkan kekurangan khinzir di pasaran, maka harga meningkat disebabkan oleh isu penawaran dan permintaan," kata Tze Tzin dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru tersebut mencadangkan agar Kerajaan memulihkan keyakinan para penternak dengan mengumumkan pampasan jaminan yang sebaik-baiknya pada harga kos kepada penternak.


"Ini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk meneruskan pembiakan walaupun berdepan risiko ASF yang tinggi.


"Sebagai balasan, bagi penternak yang layak mendapat pampasan tersebut mereka perlu memberi komitmen kepada Kerajaan untuk membiak tidak kurang daripada 95% kuota atau kapasiti ladang.


"Peningkatan pembiakan ini akan memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran. Penawaran yang lebih tinggi akan mengembalikan kestabilan harga di pasaran.


"Perlu diketahui bahawa jaminan pampasan kepada penternak telah diberikan semasa wabak Virus Nipah (penternak khinzir) dan H1N1 kepada penternak ayam," katanya.


Selain itu, Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia tersebut juga mencadangkan langkah penstabilan harga dengan menstabilkan bekalan


Katanya, penternak khinzir mesti bekerjasama untuk memastikan tidak berlaku pencatutan yang berlebihan di kedua-dua belah pihak.


"Kerajaan dengan semua kuasa undang-undang yang ada boleh memantau harga dan turun dengan kuasa penuh jika terdapat penyelewengan pasaran.


"Dengan krisis harga khinzir semasa, Kementerian Pertanian perlu memberikan kepimpinan dan mencari penyelesaian yang tepat.


"Saya harap Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penyelesaian saya. Seluruh industri khinzir mesti bekerjasama dengan Kerajaan untuk mencari penyelesaian menang-menang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page