top of page

Harga internet akan turun - Timbalan Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5, 2023
  • 1 min read


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching mengesahkan harga perkhidmatan Internet di Malaysia akan diturunkan lagi.


Beliau dipetik laporan akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily berkata, kadar penurunan itu dijangka diketahui dalam tempoh seminggu dua.


Mengulas lanjut, Nie Ching menjelaskan, 90 peratus fiber optik di Malaysia adalah milik TM dan syarikat telekomunikasi lain menyewa daripada TM, maka kerajaan telah meminta TM untuk berunding dengan syarikat-syarikat terbabit mengenai penetapan harga.


"Harga borong TM mesti diturunkan untuk memastikan syarikat telekomunikasi lain menurunkan harga runcit masing-masing," katanya dipetik.


Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyelaraskan Harga Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) pada awal tahun dan membolehkan penurunan harga secara keseluruhannya.


"Dalam peringkat seterusnya, TM harus menyelaraskan harga borong mengikut MSAP. Keadaan ini selanjutnya akan membolehkan penurunan harga runcit," katanya.


Tambah Nie Ching, kementeriannya memahami rakyat mahu harga perkhidmatan Internet diturunkan secara berterusan, oleh itu kerajaan telah menyampaikan permintaan berkenan kepada TM.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page