top of page

Harga diri rakyat Sabah sebuku roti: Pemimpin Pas bermentaliti angkuh - Pemuda AMANAH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

ree

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengecam keras kenyataan seorang ADUN Pas Kedah yang didakwa memperlekeh rakyat Sabah dengan mendakwa mereka boleh dibeli hanya dengan “sebuku roti Gardenia”.


Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim (gambar), menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, sempit dan menghina maruah rakyat Sabah serta seluruh rakyat Malaysia.


"Kenyataan ini bukan sahaja menghina, malah menggambarkan dengan jelas bagaimana Pas dan Perikatan Nasional memandang rendah nilai maruah rakyat Sabah. Ia menunjukkan mentaliti sempit dan angkuh yang meletakkan harga rakyat hanya setaraf makanan harian. Beginikah cara mereka merancang menawan sokongan rakyat negeri lain?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut beliau, ucapan tersebut menggambarkan mentaliti angkuh Pas yang kononnya mampu meraih sokongan rakyat Sabah dengan tawaran yang tidak masuk akal, sedangkan rakyat negeri itu telah lama menunjukkan jati diri, keberanian dan keteguhan mempertahankan hak mereka.


Pemuda AMANAH Perak turut menyindir kegagalan pentadbiran Pas mengurus negeri sendiri dengan baik, namun masih sempat merendahkan rakyat negeri lain.


"Lebih ironi, negeri sendiri pun masih gagal diurus, tetapi sempat pula melempar penghinaan ke atas rakyat negeri lain. Pemikiran seperti ini cukup merbahaya dan menunjukkan betapa perlunya rakyat Sabah menolak parti yang tidak tahu menghormati kedaulatan dan maruah mereka," tegasnya.


Khairol yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda AMANAH Nasional menambah bahawa kenyataan sedemikian memperlihatkan betapa pentingnya rakyat Sabah menolak politik yang tidak menghormati kedaulatan dan maruah mereka.


Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak boleh dipermainkan oleh retorik politik yang memijak harga diri dan memperbodohkan mereka.


"Rakyat Sabah bukan murah. Harga mereka bukan sebungkus roti. Dan mereka bukan bahan ejekan dalam ceramah politik songsang," katanya.


Pemuda AMANAH Perak menegaskan sokongan penuh kepada rakyat Sabah dan menggesa agar semua pihak menolak politik penghinaan yang semakin menjadi budaya dalam ceramah kepimpinan Pas serta Perikatan Nasional.


Sebelum ini, seorang ADUN Pas Kedah berkata, orang Sabah tidak faham mengenai isu yang berlaku di Kedah seperti kenaikan cukai tanah tanah atau pintu yang ditimbulkan sesetengah ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.


Kata ADUN itu, "Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja". Ungkapan itu jelas memperlekehkan pengetahuan rakyat Sabah berkenaan politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page