top of page

Harga beras import naik 5% selepas monopoli Bernas import beras dilanjutkan?




Harga beras import tidak wajar naik dalam pasaran tempatan.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, alasan utama kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan monopoli mengimport beras kepada Bernas adalah untuk menjamin kestabilan harga.


Oleh itu, jika harga tidak boleh distabilkan maka lebih baik kerajaan mengikut sahaja polisi Pakatan Harapan sebelumnya yang mahu menamatkan monopoli Bernas.


"Dalam sidang Parlimen lepas, Menteri Pertanian memaklumkan kepada dewan antara rasional memberi lanjutan konsesi monopoli import adalah untuk menjamin kestabilan beras import.


"Tetapi melihat kepada realiti sebenar, monopoli tidak dapat menjamin kestabilan harga. Kenaikan harga telah berlaku sejurus selepas konsesi monopoli dilanjutkan. Ini adalah satu kegagalan Kerajaan PN.


"Parti KEADILAN menyeru pihak Kementerian menyiasat punca sebenar kenaikan harga beras import ini," katanya.


Menurut Sim lagi, Kementerian sepatutnya menyiasat penyebab Bernas tidak mengimport beras putih dari negara-negara yang harganya lebih murah berbanding mengekalkan pembelian dengan rakan niaga sedia ada.


Harga di pasaran tempatan juga, katanya tidak boleh naik dengan segera kerana rolling stockpile beras negara mencukupi dan boleh bertahan 4 - 6 bulan.


"Kenaikan harga di peringkat pengguna tidak harus berlaku begitu segera.


"Kementerian juga perlu menyiasat kenapa Bernas tidak mengimport beras dari India, Pakistan dan Myanmar, di mana harga beras putih rendah berbanding Thailand dan Vietnam.


"Selain itu, siasatan perlu dibuat adakah kenaikan harga disebabkan oleh kos obligasi Bernas yang baru. Kementerian telah menambah 5 obligasi tambahan kepada Bernas dalam konsesi baru. Adakah kos-kos obligasi terbaru ini ditanggung oleh rakyat biasa dengan kenaikan harga beras import?" tanyanya.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, kenaikan beras putih import bukan sahaja akan menjejaskan pengguna beras varieti berkenaan.


Sebaliknya, akan berlaku kenaikan harga bagi produk hiliran beras dan juga harga beras tempatan yang mungkin mengambil kesempatan daripada kenaikan harga beras import.


"Bernas memberi alasan kenaikan harga export dari Vietnam dan Thailand dan kos pengangkutan merupakan punca utama kenaikan harga.


"Parti KEADILAN memandang serius tentang kenaikan harga beras import ini kerana mempunyai domino effect kepada kenaikan harga beras import varieti lain, diikuti harga bihun, koay teow, dan produk hiliran beras yang lain. Rakyat biasa akan menerima kesan kenaikan harga barang.


"Ia juga akan memberi tekanan kenaikan harga beras tempatan juga, walaupun harga siling telah ditetapkan di pasaran," katanya lagi.


Untuk rekod Malaysia menggunakan 30% beras import. Baru-baru ini menurut laporan media, Bernas telah memaklumkan kepada para  pengedar bahawa harga beras putih import dinaikkan 5%, dari RM2150 ke RM2250 setan.


Oleh itu, pemain industri menjangkakan kenaikan harga beras putih import akan berlaku sebanyak 5% dalam minggu-minggu akan datang. Kenaikan biasanya akan disalurkan kepada pengguna.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page