top of page

Harga barang naik kerana nilai Ringgit jatuh?



Kenaikan harga barang barang keperluan harian yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan oleh kemerosotan nilai mata wang Ringgit berbanding beberapa wata wang dunia lainnya.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, hal itu tidak dapat ditolak apabila Menteri kerajaan BN menunding jari punca kenaikan harga kononnya akibat bahan mentah yang diimport.


"Kita bertanya kenapa harga naik? Ada menteri menjawab harga ayam naik kerana harga dedak yang diimport semakin mahal.


"Saya katakan dedak diimport, sayur seperti brokoli juga diimport, beras sebahagiannya naik. Jawapannya ia ada kaitannya dengan nilai Ringgit yang jatuh. Bila nilai jatuh, tukaran asing, barang yang kita bayar dengan dolar menjadikan mahal. Kenaikan barang ada kaitan dengan pengurusan ekonomi negara


"Hutang besar, keyakinan pelabur kurang, keyakinan terhadap nilai ringgit tidak stabil, merugikan kita. Akhirnya kita mengimport dengan harga mahal," kata Hassan dalam siaran media, semalam.


Bagi beliau, terdapat cara untuk memastikan harga berpatutan andainya nilai mata wang negara tidak boleh dikawal, iaitu menghasilkan bahan makanan di dalam negara. Penghasilan secara berdikari ini, katanya, dapat menggantikan import makanan sebesar RM50 bilion setahun.


Katanya, muka bumi Malaysia yang subur tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerjaaan BN selama ini kerana masih banyak tanah terbiar yang tidak diusahakan.


Namun kenaikan harga bahan makanan yang dihasilkan di dalam negara seperti sayur, katanya, lebih kepada akibat menteri kerajaan yang lemah memantau harga, sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah pada 2018 - 2020 lalu.


"Saya katakan ada jalan keluar yang kerajaan tidak lakukan. Misalnya perlu ada pemantauan harga barang makanan.


"Biasanya, bila hari perayaan hampir tiba, Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Gawai barulah pegawai KPDNHEP hendak melakukan pemantauan. Kita tidak mahu macam itu, pemantauan perlu dilakukan sepanjang masa.


"Kerajaan PH yang lalu, menterinya Datuk Saifuddin Nasution, saya nampak dia lakukan perkara betul. Beliau telah melantik ramai pegawai penguatkuasa di seluruh negara, sampai di peringkat Parlimen minta Ahli Parlimen kemukakan sukarelawan memantau harga barang di pasar tani, pasar awam.


"Jadi ada sistem dilakukan. Saya tidak nampak dalam beberapa bulan ini menteri dan timbalan menteri bersungguh memantau harga barang," katanya lagi.


Terdahulu, Hassan menempelak Menteri Hal Ehwal Pengguna BN yang lemah sehingga siri kenaikan harga baru baru ini melibatkan sayur sayuran dengan alasan musim hujan dan pengeluaran terganggu.


Beliau juga membariskan beberapa contoh harga sayur yang melambung seperti kobis yang dahulunya dijual RM3.50 sekilogram sekarang berharga RM5, kacang buncis dahulu RM8 sekilo sekarang RM12.


Malah sumber protein utama rakyat seperti ayam yang dahulunya sekitar RM5.50 sekilo telah mencecah RM10.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page