top of page

Harga barang murah jika peranan orang tengah dikawal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan harga barang keperluan dapat dikawal dengan mengurangkan pembabitan orang tengah.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Agro Rahmah di Tapak Bazar Ramadan di Putrajaya semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata sekiranya orang tengah hanya mengambil keuntungan berpatutan maka usaha kerajaan mengawal harga barang dapat segera dijayakan.


Usaha mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah itu jelasnya boleh dilaksana dengan cara mengadakan pasar-pasar tani atau projek-projek seperti jualan agro bazar yang diselenggarakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


"Kita lihat di jualan agro bazar ini harga sayur jauh lebih murah kerana tidak melalui orang tengah dengan keuntungan berlebihan.


"Kalau kita dapat kurangkan peranan orang tengah atau orang tengah mengambil keuntungan berpatutan, maka harga boleh dikawal," ujar beliau


Anwar berkata begitu sebagai mengulas teori peranan orang tengah yang menyebabkan harga sesuatu barangan meningkat berikutan 'penyelewengan dalam infrastruktur pemasaran'.


Teori itu pernah disebut oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada tahun 1990-an lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page