top of page

Harga barang melambung kerajaan PN tengok sahaja?



Harga barang keperluan yang semakin tinggi sejak sebulan kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya rakyat apakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu bertindak menstabilkannya atau pun negara mula menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan.


Bagi Ketua Ranting KEADILAN Bukit Kajang Baru, J.Karen Kasturi, rakyat marhaen sepertinya mahukan jawapan adakah kerajaan PN tidak menjalankan penguatkuasaan menyemak harga barangan setiap bulan di pasar-pasar dan kedai runcit?


Katanya sekiranya kenaikan harga berterusan, tidak mustahil golongan berpendapatan rendah sukar memperolehi keperluan asas pada masa hadapan.


"Saya terkejut melihat harga barangan segar di pasaraya baru-baru ini. Lebih membimbangkan adalah kekhuatiran barangan makanan asas kini tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan mereka yang terjejas dari segi ekonomi akibat pandemik Covid 19.


"Seikat sayur kangkung dan bayam kini boleh mencecah RM 4.00 sehingga RM 8.00 mengikut lokasi pasar dan pasaraya. Adakah kerajaan benar-benar sedang memantau kenaikkan harga barangan ini? Sekiranya keadaan ini berterusan, rakyat akan terus mengalami keadaan yang memudaratkan.


"Saya menyeru kerajaan untuk lebih proaktif dan peka di samping memastikan pegawai- pegawai agensi yang terlibat sentiasa turun padang dan memeriksa aduan yang dibuat oleh pembeli.


"Peniaga-peniaga disaran untuk bekerjasama agar tidak mengambil kesempatan demi kelangsungan hidup rakyat. Pengawalan dan pemantauan harga barangan perlu berjalan secara konsisten dan bukan sahaja ketika musim perayaan," katanya.


Anggota KEADILAN Cabang Bangi itu juga mempersoalkan mengapakah sayur-sayuran yang ditanam di dalam negara juga mengalami kenaikan harga.


Apatah lagi, katanya negara sedang berada dalam perintah darurat yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk mewujudkan mekanisme pengagihan dan kawalan harga mutlak tanpa boleh dibantah oleh mana-mana pihak.


"Sayur-sayuran hasil tempatan seperti, kangkung, bayam, sawi, dan timun sepatutnya dijual dengan harga berpatutan berbanding dengan barangan import.


"Ketika negara dalam keadaan darurat, kerajaan sepatutnya mempunyai mekanisma untuk memantau harga barangan agar tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak. Di samping itu, saya sarankan satu “Task Force” khas ditubuhkan bagi memantau harga barangan keperluan harian.


"Kerajaan tidak ada alasan untuk mengelak dari tanggungjawab ini, dan harus mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan rakyat lebih terpelihara," katanya lagi.


Baru-baru ini netizen mendesak agar kerajaan lebih prihatin dengan penderitaan rakyat apabila portal milik parti Pas, harakahdaily melaporkan harga barang makanan stabil menjelang Tahun Baharu Cina.


Berita itu mendapat kecaman meluas rakyat Malaysia kerana tidak langsung menepati realiti yang dihadapi rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page