Harga barang: Kerajaan jangan gopoh tarik subsidi, wujudkan segera stok penimbal



Tindakan Kerajaan BN - PN yang tidak konsisten dalam menetapkan polisi berkaitan kawalan harga barang atau subsidi menjejaskan pasaran dengan peniaga sukar untuk menstabilkan harga.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kegagalan kawalan harga kerajaan yang begitu buruk ditambah pula kegagalan bertindak balas ke atas amaran pakar kewangan terkait krisis makanan, amat mengecewakan rakyat


Katanya, sebagai langkah meminimumkan kerosakan kerajaan sudah tentu tidak boleh bermain main dengan pengumuman penarikan subsidi yang memberi isyarat salah kepada para peniaga.


"Tindakan kerajaan ‘bermain’ dengan premis subsidi dan harga siling ini menunjukkan kelemahan serta kegopohan mereka menghadapi isu.


"Sekejap diumum ada subsidi, sekejap tiada subsidi. Sekejap diumum mansuh subsidi, sekejap umum ditarik semula. Sekejap diumum harga siling, sekejap diumum harga siling berubah-ubah.


"Kesan polisi lemah kerajaan dan agensi ini tentunya terhadap rakyat. Kuasa beli dan belanja rakyat tidak dapat dirancang baik. Peniaga dan pembekal terpaksa kerap menukar harga. Malah, keadaan akan bertambah teruk jika hal ini dibiar berlarutan," katanya.


Oleh itu, Ahli Parlimen Ledang itu menasihatkan kerajaan yang semakin hilang hala tuju agar menumpukan perhatian ke atas punca penyebabkan harga barang melambung.


Beliau juga menyarankan kerajaan melaksanakan segara idea Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mewujudkan stok penimbal bagi menghadapi ketidaktentuan rantaian bekalan bahan makanan dunia berikutan perang yang berlanjutan di Eropah.


"Punca harga barang tidak menentu seperti kenaikan harga peringkat global dan masalah di peringkat pembekal perlu dikenalpasti.


"Penyelesaian jitu dan kemas meliputi perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang seharusnya dirangka dan dibentangkan kepada rakyat. Sebagai contoh, jika punca masalah harga ayam datang dari dedak ayam yang terpaksa diimport, maka usahakan penghasilan dedak ayam tempatan dan perlu dipergiat.


"Cadangan saudara Rafizi Ramli terkait pendekatan penggunaan stok penimbal untuk barangan berkenaan juga wajar dilihat sebagai langkah kawalan," katanya.


Selain itu, Syed Ibrahim juga mencadangkan agar elaun para menteri yang berpuluh ribu ringgit sebulan dipotong kerana kegagalan mereka mengawal harga dan memastikan bekalan mencukupi di pasaran


"Sebagai kerajaan yang menggunakan slogan “Keluarga Malaysia”, saya melihat ada baiknya kerajaan melaksanakan pemotongan elaun terhadap Menteri, Timbalan Menteri dan penasihat-penasihat kerajaan yang ramai itu


"Juga saya gesa agar kerajaan ketepikan soal perebutan kuasa dan beri tumpuan kepada amanah dan tanggungjawab. Dalam waktu krisis begini, negara memerlukan sebuah kerajaan yang bijak mengurus halatuju, pentadbiran dan permasalahan dengan sebaik mungkin," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER